L dari INFINITE bakal berlakon drama ‘Shut Up Flower Boy Band’


L dari kumpulan INFINITE akan membuat kemunculan pertama dalam drama terbaru berjudul ‘Shut Up Flower Boy Band‘.

Drama terbaru ini akan bersiaran di tvN selepas tamatnya drama ‘Flower Boy Ramyun Shop‘.

Seperti drama-drama lain yang diterbitkan oleh tvN yang memaparkan konsep ‘flower boys’, drama ‘Shut Up Flower Boy Band’ akan memaparkan kisah mengenai kumpulan rock dengan gaya yang lebih 'rugged'.Seorang wakil drama menyatakan, "drama ini akan menjadi sebuah drama dengan suasana  ‘flower boys’  yang berbeza daripada yang ditunjukkan dalam 'Flower Boy Ramyun Shop' . Ia akan menunjukkan memaparkan kumpulan rock muda-mudi masa kini yang rugged. "

L juga turut ikut serta dalam audition program tvN yang bertajuk  ‘Oh Boy Project‘.

Drama terbaru ini akan bersiaran pada 30 Januari 2012. Sebelum itu saksikan video promo drama tersebut di bawah.


0 comments:

Post a Comment